Originally posted by i_love_blacky:
Bas milik Singapura langgar 6 kereta
Oleh Johan Afandi
JOHOR BAHRU: Sebuah bas henti-henti milik syarikat pengangkutan Singapura yang mengalami kerosakan brek merempuh enam kereta yang diletakkan di tempat letak kereta sebuah hotel di pusat bandar raya di sini, petang semalam.
Dalam kejadian jam 4 petang itu, bas terbabit dalam perjalanan dari sini ke Singapura dikatakan terbabas sebelum melanggar pembahagi jalan dan merempuh barisan kereta berkenaan.
Pemandu bas berkenaan yang hanya mahu dikenali sebagai Bala berkata, beliau gagal mengawal kenderaannya ketika mengambil selekoh dari Jalan Wong Ah Fook ke Jalan Gereja selepas mengalami kerosakan brek.
Katanya, ketika kejadian, basnya kosong kerana baru menurunkan penumpang di depan sebuah pusat beli-belah dan dalam perjalanan pulang ke Singapura.
“Ketika mengambil selekoh, tiba-tiba saya mendapati brek gagal berfungsi, walaupun bas bergerak perlahan, tetapi saya gagal mengawalnya sehingga terbabas menaiki pembahagi jalan dan merempuh pagar sebelum melanggar enam kereta,” katanya.
Sementara itu, seorang pemilik kereta yang dikenali sebagai Nazrena, 26, berkata beliau meletakkan keretanya tidak sampai lima minit apabila kejadian itu berlaku.
Jurucakap polis trafik ketika ditemui di tempat kejadian berkata, tiada sebarang kecederaan dilaporkan dan pemandu bas dan pemilik kenderaan sudah membuat laporan polis.[b][/b]
Singapore-owned bus crashes into 6 cars
A citybus belonging to a Singapore transportation company suffered a brake failure and crashed into 6 cars which was parked at a hotel in the city centre yesterday afternoon.
The bus was on its way back to Singapore when it hit the road divider and crashed onto the parked cars at around 4pm.
The driver who only wanted to be known as Bala, said that he lost control of the bus while negotiating a bend from Jalan Wong Ah Fook to Jalan Gereja when it suffered a brake failure.
He added, when the accident happened, the bus was empty because he had just disembarked the passengers in front of a shopping mall and was on his way back to Singapore.
"While negotiating the bend, suddenly I found that the brake failed to function, and although the bus was travelling at a low speed, I lost control of the bus and caused it to hit the road divider and the fence before ramming 6 cars," he said.
Meanwhile, a car-owner, Nazrena, 26, said that she had just parked her car barely five minutes earlier when the accident happened.
There were no injuries reported and the bus driver as well as the car0owners have lodged their police reports, said a Traffic Police spokesman at the scene.